Thursday, May 2, 2019

Antologi Cerpen
Perjuangan Hidup

Tajuk : AK-47


       Menceritakan perjuangan seorang ayah menentang kumpulan MLF. Kumpulan tersebut membunuh, menangkap kanak-kanak serta membakar semua rumah yang ada di perkampung. Oleh hal tersebut, menyebabkan ayah Zam telah ditangkap dan dijadikan pekerja di sebuah kawasan perlombongan emas apabila kumpulan MLF itu telah menyerang kampung Zam. Setelah beberapa hari bekerja di lombong emas tersebut ayah Zam telah menemui sebuah emas yang sangat besar dan dia pun mengambil tanpa memberikan kepada ketua kumpulan tersebut. Walaupun Ayah Zam berasa gembira namun tidak lama kemudian tiba-tiba berlakunya tembak-menembak antara kumpulan MLF dengan kerajaan. Dengan situasi tersebut telah menyebabkan ayah Zam ditangkap oleh pihak kerajaan kerana mereka sangka bahawa ayah Zam adalah ahli kumpulantersebut. Setelah Beberapa hari dalam penjara akhirnya ayah Zam di bebaskan. Dia mula mencari keluarganya yang telah lama terpisah. Kehadiran John telah membantu ayah menemui keluarganya tetapi Zam telah ditangkap oleh kumpulan MLF tersebut. Pada akhirnya, ayah Zam berjaya membebaskan Zam dan emas yan dimilikinya akhirnya dia telah diberikan kepada John kerana tujuan untuk membantu ayah Zam adalah untuk memiliki emas itu. 

Situasi dalam cerpen AK-47
Zam…Zam..bangun Zam. Pergi sekolah Zam. Suara mengejutkan aku. Mata masih sukar untuk dibuka aku hanya mengeluh kecil. Kata ingin menjadi askar, askar seharusnya bangun sendiri tidak perlu di bangunkan. Telinga aku mendengar kata-kata itu menjadikan semangat aku terbakar dan askar memang cita-cita aku. Walaupun mata ini seolah-olah telah bergantung bertan-tan beratnya batu namun aku tetap membuka mata aku memenuhi kemahuan ayah aku. Pelita yang menerangi rumah aku, ayah padamkan setelah aku siap untuk sekolah. Langit masih lagi gelap, aku telah dihantar ke sekolah. Walaupun suasana masih gelap, tetapi setelah sampai sekolah pastinya kelihatan cahaya mentari.
          Ayah pula merupakan seorang nelayan sepenuh masa. Pada suatu hari, semasa ayah mengambil aku dari sekolah. Tiba-tiba kedengaran bunyi kereta dan diiringi laungan “MLF..MLF..!!!”. Aku dan ayah pun bersembunyi disebalik semak-samun untuk melihat ke mana arah mereka. Ternyata kumpulan tersebut kearah perkampungan kami. Dengan pantas ayah berlari dan mengarahkan aku untuk bersembunyi.

No comments:

Post a Comment

Antologi Cerpen Perjuangan Hidup Sinopsis Keseluruhan Cerpen Antologi cerpen yang bertajuk perjuangan hidup merupakan sebuah himpun...