Thursday, May 2, 2019

Antologi Cerpen
Perjuangan Hidup

Sinopsis Keseluruhan Cerpen

Antologi cerpen yang bertajuk perjuangan hidup merupakan sebuah himpunan cerpen hasil projek akhir bagi Program Seni Kreatif Major Penulisan. Dengan itu, antologi cerpen ini mengumpulkan sepuluh buah cerpen yang merangkumi aspek-aspek kehidupan sosial masyarakat iaitu bertemakan tentang persaingan dalam hidup. Selain itu, antologi cerpen ini juga bergenrekan aksi, romantik, drama dan sukan. Secara keseluruhannya antologi cerpen ini mempunyai jalan cerita dan kisah yang menarik dan dapat memberikan pengajaran serta pedoman dan iktibar buat pembaca untuk menempuhi kehidupan seharian.


Kulit Buku

1.  Warna Hitam Putih pada kulit buku tersebut melambangkan sikap manusia yang ada yang baik dan ada yang kurang baik.

2. Warna-warni pada font perkataan Hidup tersebut memberikan simbol lumrah manusia yang terkadang gembira, sedih dan sebagainya.

3. Kesan retakan tersebut melambangkan hasil daripada kesan persaingan secara negetif.

4. kesan koyak pada perkataan hidup itu memberikan gambaran bahawa persaingan telah wujud sejak kanak-kanak lagi.

5. Perkataan Pejuangan tersebut kellihatan condong  kerana  ianya melambangkan kepantasan untuk
mendapatkaan kemenangan.
Antologi Cerpen
Perjuangan Hidup

Tajuk : Ryan Dengan Sekolah Baru

     Malam itu, aku asyik memikirkan bagaimana nanti aku ketika melanjutkan ke sekolah menengah. Aku mendengar daripada khabar kawan-kawan senior aku, jika nanti masuk sekolah menengah sangat best lebih-lebih lagi kalau tinggal asrama pasti banyak tinggalkan kenangan. Itu buatkan aku semangat untuk melanjutkan sekolah. Tetapi bagi senior yang lain pula jika tinggal di asrama memang akan menjadi orang bawahan para senior-senior. Namun, tidaklah semua senior mempunyai sikap yang kejam. Hal tersebut menjadikan Rayan berfikir untuk melanjutkan sekolah atau sebaliknya. Walaupun begitu, akhirnya Ryan melanjutkan sekolah juga ke sekolah menengah. Ketika itu, dia telah menemui sahabat baru dan menjadi sahabat karibnya. tetapi persahabatan mereka telah tergendala apabila kedua-dua sahabat tersebut bersaingan untuk mendapatkan perhatian daripada seorang gadis.




Antologi Cerpen 
Perjuangan Hidup

Tajuk : Lukisan kepada Sahabat

      Mengisahkan seorang pelajar yang mempunyai kebolehan dalam dunia lukisan. Sebut  sahaja nama Ajid satu sekolah pasti mengenalinya. Namun, perpindahan Azlin ke sekolah Ajid bersekolah telah mewujudkan pelbagai masalah. Apa tidaknya melihat sahaja Azlin pasti merasakan diri seolah-olah bertemu dengan bidadari menyebabkan ramai pelajar lelaki yang berlumba-lumba untuk mendekatinya. Namun bukan itu masalah yang timbul dalam diri Ajid tetapi kebolehan Azlin dalam dunia lukisan. Kedatangan telah mewujudkan persaingan Ajid  dalam setiap pertandingan melukis. Walaupun begitu, pada akhirnya Ajid dan Azlin juga telah berjaya menjadi sahabat baik. 

Situasi menyebabkan Ajid tidak tenang:
“seterusnya, naib johan dalam pertandingan ini. Dia menggunakan teknik lain daripada yang lain. Teknik yang digunakan ialah teknik spray jatuh kepada Ajid...” mendengar sahaja teknik spray tersebut raut wajah Ajid telah berubah. Kini hasratnya untuk mengalahkan Azlin tidak tercapai. Walaupun begitu, sorakan yang gemuruh kedengaran dalam dewan itu apabila nama Ajid di sebut. Dengan itu, Ajid pun mengambil hadiah yang di perolehinya.
“masa yang ditunggu-tunggu untuk pemenang bagi pertandingan melukis peringkat sekolah pada tahun 2019. Pemenangnya adalah.....Azlin” bergema dalam dewan tersebut apabila Azlin telah bergelar pemenang.” Dengan itu, Azlin pun menaik kepentas untuk mengambil hadiah yang diperolehinya.

Antologi Cerpen 
Perjuangan Hidup

Tajuk : Aku Bukan Lagi Gangster

   Sekumpulan sahabat telah di tangkap oleh gangster yang sangat terkenal Kota Roya. Namun berita mengenai sahabat itu, hari demi hari semakin kabur dalam ingatan para masyarakat di Kota Roya. Kemanakah mereka pergi? Siapa yang membawa mereka?. Itulah persoalan yang bermain di fikiran para masyarakat di Kota Roya. Peristiwa tersebut menyebabkan pelbagai konspirasi yang wujud. Aku Yuzi. Sejak dari peristiwa yang menimpa keluarga aku, aku menjadi tidak seperti kanak- kanak yang lain. Jika inginkan matahari pasti dapat, jika inginkan bulan sudah tentu dapat  dimiliki.  Itulah perbezaan aku dengan mereka yang lain. Sejak kanak-kanak juga aku telah menerokai dunia yang dipenuhi dengan tanda tanya serta dihiasi warna warni kehidupan.  Pada usia 7 tahun, Aku telah banyak melakukan kerja-kerja yang memberikan kebaikan kepada dalam Hidup aku. "ya sudah namanya keseorangan, pasti diri ini juga merindui belayan daripada seorang insan yang tersayang. Tetapi aku hanya bertemankan dengan bayang-bayang yang membisu." Itu yang sering kali aku rasakan apabila melihat kanak-kanak yang lain bersama dengan orang tua mereka. Apabila telah dewasa Yuzi mula terjebak dalam dunia gelap menyebabkan dia telah di tangkap oleh kumpulan Elit yang meruapakan kumpulan yang membenteraskan para gangster-gengster. Hal tersebut menyebabkan Yuzi berubah.

Antologi Cerpen 
Perjuangan Hidup

Tajuk : Adakah Esok Untung?

        Menceritakan dua sahabat yang terjun ke dalam dunia perniagaan. Perniagaan yang mereka lakukan hanyalah kecil-kecilan dengan menjual hasil kebun ibu-ibu mereka. Pada permulaan perniagaan itu, memang sukar untuk mendapatkan keuntungan kerana persaingan pada masa tersebut sangatlah banyak. Namun, hasil idea salah seorang dua rakan tersebut telah memberikan senyuman lebar. Apabila mereka mendapat untung dan setiap kali mereka menjual jualan mereka pasti habis. Namun, walaupun rambut sama hitam tetapi hati pasti berlainan. Itulah terjadi kepada dua sahabat itu, apabila mereka mula maju dalam dunia perniagaan saat itu juga perniaga-peniaga yang lain tidak berpuas hati dengan dua sahabat tersebut.  

Situasi dalam cerpen tersebut;
Suasana mendung belum tentu akan membasahi bumi. Hal tersebutlah yang terjadi pada kami berdua pada hari itu. Orang ramai berlalu-lalang tetapi satu orang pun tiada yang ingin membeli jualan kami. Kalau di tengok dengan jualan orang yang menjual buah-buahan dan sayur-sayuran sama sahaja dengan apa yang kami jualkan. Tergerak juga di hati Rizal, mungkin perniaga yang lain sudah dikenali oleh orang dan mereka yakin dengan jualan yang dijual. Tetapi perasaan itu terubat apabila Rizal teringkat dua ayat iaitu dalam rezeki kita pasti ada rezeki orang lain dan kalau sudah rezeki kita pasti akan dapat juga. Itulah dugaan kami pada hari pertama menjual di tempat tamu tersebut.

Antologi Cerpen 
Perjuangan Hidup

Tajuk : Kau, Aku dan Dia

        Kau, aku dan dia menceritakan tentang tiga sahabat yang suka beranggan-anggan tanpa berusaha. Selain itu, sikap malas dalam diri mereka menyebabkan mereka sering kali menjadi buah mulut oleh semua warga sekolah mereka. Selain itu, ketiga-tiga sahabat ini juga mempunyai perangai yang boleh mengundangkan kemarahan. Namun, roda itu bulat. hari demi hari perubahan telah berlaku perubahan dalam diri tiga sahabat itu. Apabila cikgu Rosma sering memberikan nasihat serta hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan. Dengan itu, ketiga-tiga sahabat itu telah berjaya mendapat anggan-anggan mereka untuk menjadi seorang yang kaya-raya.


Situasi dalam cerpen tersebut;

Kelas 5 Dedikasi, menjadi tumpuan oleh para guru-guru. Tumpuan tersebut bukannya kearah positif malah negetif. Apanya tidak suara ketawa, teriak dan sebagainya begitu jelas kedengaran walaupun jarak 300 meter. Memang itulah yang akan berlaku ketika cikgu-cikgu tidak masuk kelas. Namun, memang kita kerap diberikan pendedahan ketika tiada cikgu masuk kelas, buatlah kerja yang mendatangkan faedah. Ada juga pelajar yang cuba untuk melakukan sedemikian, namun masih bertahankah pokok jika ribut kuat membadainya?. Sudah pasti tidak, begitu juga dengan pelajar-pelajar tersebut satu orang buat baik seratus yang lain buat bising. Kau rasa kau dapat memberikan tumpuankah kepada apa yang kau pelajari itu?. Tegur Zamri dan Hamri kepada Jamri yang cuba membuat kerja-kerja sekolah. Kedua-dua sahabat Jamri sedang cuba untuk mempengaruhi Jamri. 
Antologi Cerpen
Perjuangan Hidup

Tajuk : Bangkit Bersama

       Menceritakan tentang sepasukan bola sepak iaitu pasukan SMK Rastamania yang telah dikenali oleh ramai tentang kebolehan pemain-pemain pasukan tersebut. Setiap kali terdapat pertandingan pasti SMK Rastamania akan mengangkat piala kemenangan. Namun, kecederaan salah seorang pemain SMK Rastamania menjadikan misi untuk menjulang piala pada pertandingan tersebut kabur-kabur. Walau bagaimana pun kedatangan Kane telah menjadikan pasukan SMK Rastamania kembali bersemangat kerana persafahamana Kane dengan pemain-pemain pasukan SMK Rastamia begitu ketara sekali. Sehinggakan, SMK Rastamania kembali menjulang piala.


Peleraian cerpen Bangkit Bersama
Penyampaian hadiah pun telah berlangsung, penjaring terbanyak dimiliki oleh Pogba, pemain terbaik juga nama Pogba  dan yang paling penting misi kami telah tercapai. Tetapi sebelum itu, orang tua Pogba telah memberikan hadiah sepasang kasut bola yang telah siap ditandatangani oleh pemain idolanya iaitu Pogba. Kegembiraan jelas terlihat di raut wajah semua pasukan SMK Rastamania begitu juga dengan Cikgu Ronaldo yang puas hati dengan pencapaian anak buahnya. Saat itu juga cikgu Ronaldo menjelaskan tentang kemunculan Kane ori dan ciplak. Kecederaan yang berlaku kepada Kane sebelum pertandingan tersebut dilakukan oleh Kane yang telah diarahkan oleh salah seorang ahli pasukan SMK Rasta. Kini Kane mendapat gelaran baru iaitu Kane ori yang merupakan gandingan sebenar Pogba.

Antologi Cerpen Perjuangan Hidup Sinopsis Keseluruhan Cerpen Antologi cerpen yang bertajuk perjuangan hidup merupakan sebuah himpun...