Thursday, May 2, 2019

Antologi Cerpen 
Perjuangan Hidup

Tajuk : Aku Bukan Lagi Gangster

   Sekumpulan sahabat telah di tangkap oleh gangster yang sangat terkenal Kota Roya. Namun berita mengenai sahabat itu, hari demi hari semakin kabur dalam ingatan para masyarakat di Kota Roya. Kemanakah mereka pergi? Siapa yang membawa mereka?. Itulah persoalan yang bermain di fikiran para masyarakat di Kota Roya. Peristiwa tersebut menyebabkan pelbagai konspirasi yang wujud. Aku Yuzi. Sejak dari peristiwa yang menimpa keluarga aku, aku menjadi tidak seperti kanak- kanak yang lain. Jika inginkan matahari pasti dapat, jika inginkan bulan sudah tentu dapat  dimiliki.  Itulah perbezaan aku dengan mereka yang lain. Sejak kanak-kanak juga aku telah menerokai dunia yang dipenuhi dengan tanda tanya serta dihiasi warna warni kehidupan.  Pada usia 7 tahun, Aku telah banyak melakukan kerja-kerja yang memberikan kebaikan kepada dalam Hidup aku. "ya sudah namanya keseorangan, pasti diri ini juga merindui belayan daripada seorang insan yang tersayang. Tetapi aku hanya bertemankan dengan bayang-bayang yang membisu." Itu yang sering kali aku rasakan apabila melihat kanak-kanak yang lain bersama dengan orang tua mereka. Apabila telah dewasa Yuzi mula terjebak dalam dunia gelap menyebabkan dia telah di tangkap oleh kumpulan Elit yang meruapakan kumpulan yang membenteraskan para gangster-gengster. Hal tersebut menyebabkan Yuzi berubah.

No comments:

Post a Comment

Antologi Cerpen Perjuangan Hidup Sinopsis Keseluruhan Cerpen Antologi cerpen yang bertajuk perjuangan hidup merupakan sebuah himpun...