Antologi Cerpen
Perjuangan Hidup
Tajuk : Adakah Esok Untung?
Menceritakan dua sahabat yang terjun ke dalam dunia perniagaan. Perniagaan yang mereka lakukan hanyalah kecil-kecilan dengan menjual hasil kebun ibu-ibu mereka. Pada permulaan perniagaan itu, memang sukar untuk mendapatkan keuntungan kerana persaingan pada masa tersebut sangatlah banyak. Namun, hasil idea salah seorang dua rakan tersebut telah memberikan senyuman lebar. Apabila mereka mendapat untung dan setiap kali mereka menjual jualan mereka pasti habis. Namun, walaupun rambut sama hitam tetapi hati pasti berlainan. Itulah terjadi kepada dua sahabat itu, apabila mereka mula maju dalam dunia perniagaan saat itu juga perniaga-peniaga yang lain tidak berpuas hati dengan dua sahabat tersebut.
Situasi dalam cerpen tersebut;
Suasana mendung belum tentu akan membasahi bumi. Hal tersebutlah yang
terjadi pada kami berdua pada hari itu. Orang ramai berlalu-lalang tetapi satu
orang pun tiada yang ingin membeli jualan kami. Kalau di tengok dengan jualan
orang yang menjual buah-buahan dan sayur-sayuran sama sahaja dengan apa yang
kami jualkan. Tergerak juga di hati Rizal, mungkin perniaga yang lain sudah
dikenali oleh orang dan mereka yakin dengan jualan yang dijual. Tetapi perasaan
itu terubat apabila Rizal teringkat dua ayat iaitu dalam rezeki kita pasti ada
rezeki orang lain dan kalau sudah rezeki kita pasti akan dapat juga. Itulah
dugaan kami pada hari pertama menjual di tempat tamu tersebut.
No comments:
Post a Comment