Thursday, May 2, 2019

Antologi Cerpen
Perjuangan Hidup

Sinopsis Keseluruhan Cerpen

Antologi cerpen yang bertajuk perjuangan hidup merupakan sebuah himpunan cerpen hasil projek akhir bagi Program Seni Kreatif Major Penulisan. Dengan itu, antologi cerpen ini mengumpulkan sepuluh buah cerpen yang merangkumi aspek-aspek kehidupan sosial masyarakat iaitu bertemakan tentang persaingan dalam hidup. Selain itu, antologi cerpen ini juga bergenrekan aksi, romantik, drama dan sukan. Secara keseluruhannya antologi cerpen ini mempunyai jalan cerita dan kisah yang menarik dan dapat memberikan pengajaran serta pedoman dan iktibar buat pembaca untuk menempuhi kehidupan seharian.


Kulit Buku

1.  Warna Hitam Putih pada kulit buku tersebut melambangkan sikap manusia yang ada yang baik dan ada yang kurang baik.

2. Warna-warni pada font perkataan Hidup tersebut memberikan simbol lumrah manusia yang terkadang gembira, sedih dan sebagainya.

3. Kesan retakan tersebut melambangkan hasil daripada kesan persaingan secara negetif.

4. kesan koyak pada perkataan hidup itu memberikan gambaran bahawa persaingan telah wujud sejak kanak-kanak lagi.

5. Perkataan Pejuangan tersebut kellihatan condong  kerana  ianya melambangkan kepantasan untuk
mendapatkaan kemenangan.
Antologi Cerpen
Perjuangan Hidup

Tajuk : Ryan Dengan Sekolah Baru

     Malam itu, aku asyik memikirkan bagaimana nanti aku ketika melanjutkan ke sekolah menengah. Aku mendengar daripada khabar kawan-kawan senior aku, jika nanti masuk sekolah menengah sangat best lebih-lebih lagi kalau tinggal asrama pasti banyak tinggalkan kenangan. Itu buatkan aku semangat untuk melanjutkan sekolah. Tetapi bagi senior yang lain pula jika tinggal di asrama memang akan menjadi orang bawahan para senior-senior. Namun, tidaklah semua senior mempunyai sikap yang kejam. Hal tersebut menjadikan Rayan berfikir untuk melanjutkan sekolah atau sebaliknya. Walaupun begitu, akhirnya Ryan melanjutkan sekolah juga ke sekolah menengah. Ketika itu, dia telah menemui sahabat baru dan menjadi sahabat karibnya. tetapi persahabatan mereka telah tergendala apabila kedua-dua sahabat tersebut bersaingan untuk mendapatkan perhatian daripada seorang gadis.




Antologi Cerpen 
Perjuangan Hidup

Tajuk : Lukisan kepada Sahabat

      Mengisahkan seorang pelajar yang mempunyai kebolehan dalam dunia lukisan. Sebut  sahaja nama Ajid satu sekolah pasti mengenalinya. Namun, perpindahan Azlin ke sekolah Ajid bersekolah telah mewujudkan pelbagai masalah. Apa tidaknya melihat sahaja Azlin pasti merasakan diri seolah-olah bertemu dengan bidadari menyebabkan ramai pelajar lelaki yang berlumba-lumba untuk mendekatinya. Namun bukan itu masalah yang timbul dalam diri Ajid tetapi kebolehan Azlin dalam dunia lukisan. Kedatangan telah mewujudkan persaingan Ajid  dalam setiap pertandingan melukis. Walaupun begitu, pada akhirnya Ajid dan Azlin juga telah berjaya menjadi sahabat baik. 

Situasi menyebabkan Ajid tidak tenang:
“seterusnya, naib johan dalam pertandingan ini. Dia menggunakan teknik lain daripada yang lain. Teknik yang digunakan ialah teknik spray jatuh kepada Ajid...” mendengar sahaja teknik spray tersebut raut wajah Ajid telah berubah. Kini hasratnya untuk mengalahkan Azlin tidak tercapai. Walaupun begitu, sorakan yang gemuruh kedengaran dalam dewan itu apabila nama Ajid di sebut. Dengan itu, Ajid pun mengambil hadiah yang di perolehinya.
“masa yang ditunggu-tunggu untuk pemenang bagi pertandingan melukis peringkat sekolah pada tahun 2019. Pemenangnya adalah.....Azlin” bergema dalam dewan tersebut apabila Azlin telah bergelar pemenang.” Dengan itu, Azlin pun menaik kepentas untuk mengambil hadiah yang diperolehinya.

Antologi Cerpen 
Perjuangan Hidup

Tajuk : Aku Bukan Lagi Gangster

   Sekumpulan sahabat telah di tangkap oleh gangster yang sangat terkenal Kota Roya. Namun berita mengenai sahabat itu, hari demi hari semakin kabur dalam ingatan para masyarakat di Kota Roya. Kemanakah mereka pergi? Siapa yang membawa mereka?. Itulah persoalan yang bermain di fikiran para masyarakat di Kota Roya. Peristiwa tersebut menyebabkan pelbagai konspirasi yang wujud. Aku Yuzi. Sejak dari peristiwa yang menimpa keluarga aku, aku menjadi tidak seperti kanak- kanak yang lain. Jika inginkan matahari pasti dapat, jika inginkan bulan sudah tentu dapat  dimiliki.  Itulah perbezaan aku dengan mereka yang lain. Sejak kanak-kanak juga aku telah menerokai dunia yang dipenuhi dengan tanda tanya serta dihiasi warna warni kehidupan.  Pada usia 7 tahun, Aku telah banyak melakukan kerja-kerja yang memberikan kebaikan kepada dalam Hidup aku. "ya sudah namanya keseorangan, pasti diri ini juga merindui belayan daripada seorang insan yang tersayang. Tetapi aku hanya bertemankan dengan bayang-bayang yang membisu." Itu yang sering kali aku rasakan apabila melihat kanak-kanak yang lain bersama dengan orang tua mereka. Apabila telah dewasa Yuzi mula terjebak dalam dunia gelap menyebabkan dia telah di tangkap oleh kumpulan Elit yang meruapakan kumpulan yang membenteraskan para gangster-gengster. Hal tersebut menyebabkan Yuzi berubah.

Antologi Cerpen 
Perjuangan Hidup

Tajuk : Adakah Esok Untung?

        Menceritakan dua sahabat yang terjun ke dalam dunia perniagaan. Perniagaan yang mereka lakukan hanyalah kecil-kecilan dengan menjual hasil kebun ibu-ibu mereka. Pada permulaan perniagaan itu, memang sukar untuk mendapatkan keuntungan kerana persaingan pada masa tersebut sangatlah banyak. Namun, hasil idea salah seorang dua rakan tersebut telah memberikan senyuman lebar. Apabila mereka mendapat untung dan setiap kali mereka menjual jualan mereka pasti habis. Namun, walaupun rambut sama hitam tetapi hati pasti berlainan. Itulah terjadi kepada dua sahabat itu, apabila mereka mula maju dalam dunia perniagaan saat itu juga perniaga-peniaga yang lain tidak berpuas hati dengan dua sahabat tersebut.  

Situasi dalam cerpen tersebut;
Suasana mendung belum tentu akan membasahi bumi. Hal tersebutlah yang terjadi pada kami berdua pada hari itu. Orang ramai berlalu-lalang tetapi satu orang pun tiada yang ingin membeli jualan kami. Kalau di tengok dengan jualan orang yang menjual buah-buahan dan sayur-sayuran sama sahaja dengan apa yang kami jualkan. Tergerak juga di hati Rizal, mungkin perniaga yang lain sudah dikenali oleh orang dan mereka yakin dengan jualan yang dijual. Tetapi perasaan itu terubat apabila Rizal teringkat dua ayat iaitu dalam rezeki kita pasti ada rezeki orang lain dan kalau sudah rezeki kita pasti akan dapat juga. Itulah dugaan kami pada hari pertama menjual di tempat tamu tersebut.

Antologi Cerpen 
Perjuangan Hidup

Tajuk : Kau, Aku dan Dia

        Kau, aku dan dia menceritakan tentang tiga sahabat yang suka beranggan-anggan tanpa berusaha. Selain itu, sikap malas dalam diri mereka menyebabkan mereka sering kali menjadi buah mulut oleh semua warga sekolah mereka. Selain itu, ketiga-tiga sahabat ini juga mempunyai perangai yang boleh mengundangkan kemarahan. Namun, roda itu bulat. hari demi hari perubahan telah berlaku perubahan dalam diri tiga sahabat itu. Apabila cikgu Rosma sering memberikan nasihat serta hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan. Dengan itu, ketiga-tiga sahabat itu telah berjaya mendapat anggan-anggan mereka untuk menjadi seorang yang kaya-raya.


Situasi dalam cerpen tersebut;

Kelas 5 Dedikasi, menjadi tumpuan oleh para guru-guru. Tumpuan tersebut bukannya kearah positif malah negetif. Apanya tidak suara ketawa, teriak dan sebagainya begitu jelas kedengaran walaupun jarak 300 meter. Memang itulah yang akan berlaku ketika cikgu-cikgu tidak masuk kelas. Namun, memang kita kerap diberikan pendedahan ketika tiada cikgu masuk kelas, buatlah kerja yang mendatangkan faedah. Ada juga pelajar yang cuba untuk melakukan sedemikian, namun masih bertahankah pokok jika ribut kuat membadainya?. Sudah pasti tidak, begitu juga dengan pelajar-pelajar tersebut satu orang buat baik seratus yang lain buat bising. Kau rasa kau dapat memberikan tumpuankah kepada apa yang kau pelajari itu?. Tegur Zamri dan Hamri kepada Jamri yang cuba membuat kerja-kerja sekolah. Kedua-dua sahabat Jamri sedang cuba untuk mempengaruhi Jamri. 
Antologi Cerpen
Perjuangan Hidup

Tajuk : Bangkit Bersama

       Menceritakan tentang sepasukan bola sepak iaitu pasukan SMK Rastamania yang telah dikenali oleh ramai tentang kebolehan pemain-pemain pasukan tersebut. Setiap kali terdapat pertandingan pasti SMK Rastamania akan mengangkat piala kemenangan. Namun, kecederaan salah seorang pemain SMK Rastamania menjadikan misi untuk menjulang piala pada pertandingan tersebut kabur-kabur. Walau bagaimana pun kedatangan Kane telah menjadikan pasukan SMK Rastamania kembali bersemangat kerana persafahamana Kane dengan pemain-pemain pasukan SMK Rastamia begitu ketara sekali. Sehinggakan, SMK Rastamania kembali menjulang piala.


Peleraian cerpen Bangkit Bersama
Penyampaian hadiah pun telah berlangsung, penjaring terbanyak dimiliki oleh Pogba, pemain terbaik juga nama Pogba  dan yang paling penting misi kami telah tercapai. Tetapi sebelum itu, orang tua Pogba telah memberikan hadiah sepasang kasut bola yang telah siap ditandatangani oleh pemain idolanya iaitu Pogba. Kegembiraan jelas terlihat di raut wajah semua pasukan SMK Rastamania begitu juga dengan Cikgu Ronaldo yang puas hati dengan pencapaian anak buahnya. Saat itu juga cikgu Ronaldo menjelaskan tentang kemunculan Kane ori dan ciplak. Kecederaan yang berlaku kepada Kane sebelum pertandingan tersebut dilakukan oleh Kane yang telah diarahkan oleh salah seorang ahli pasukan SMK Rasta. Kini Kane mendapat gelaran baru iaitu Kane ori yang merupakan gandingan sebenar Pogba.

Antologi Cerpen 
Perjuangan Hidup

Tajuk : Sehelai Kertas Tua

      Mengisahkan sebuah perkampung terdapat seorang lelaki tinggal berseorang setelah pemergian orang tua untuk selama-lamanya. Pemergian orang tuanya telah meninggal sehelai kertas tua. Helaian kertas tua tersebut sangatlah berharga kepada semua orang. Walaupun kenyataannya begitu, tetapi semua penduduk kampung tidak pernah untuk mencuba mencuri atau mengugutnya. Namun sejak beberapa hari itu, ramai tetamu yang datang tetapi semuanya tidak dikenali. Setelah beberapa hari, ketika pulang dari memancing rumahnya telah dicerobohi dan barang peninggalan orang tua itu telah di curi. Walaupun telah kehilangan kertas tua tersebut namun pada pengakhiranya Hasim berjaya mendapatkannya kembali. 



Konflik dalam cerita Sehelai Kertas Tua;
Sesampai sahaja di rumah, yang tadinya kelihatan kemas sebelum ditinggalkan kini sudah berselerak. Hasim pun terkejut melihat keadaan rumahnya yang telah dipecah masuk. Hasim pun terus berlari ke tempat penyimpanan sehelai kertas yang bernilai itu. Hasim lihat penyimpanan tersebut juga telah hancur berkecai bagaikan taufan menghentamnya. Saat itu, Hasim tak tahu nak buat apa, sehelai kertas yang diberikan oleh orang tua kepadanya kini sudah tiada.
Antologi Cerpen
Perjuangan Hidup

Tajuk : Kerana Itu Aku Begini

       Menceritakan seorang pelajar yang mempunyai sikap pemalas dan mudah terpengaruh. Dengan sikapnya yang sedemikian memyebabkan dia sering dipandang sebelah mata oleh rakan-rakan sekelas namun tidak seperti Zam. Zam merupakan kawan baik Bob dan terpaksa meninggalkan Bob kerana ayahnya telah berpindah tempat bekerja. Pemergian Zam menjadikan Bob keseorang dan sering dipinggirkan dalam setiap tugasan kumpulan. Dengan sikap pemalasnya itu, ibunya sendiri jarang dibantunya dan pada peperiksaan akhir dia telah mendapat keputusan yang tidak memuaskan. Sehinggakan, dia tertidur dan termimpi arwah ayah, supaya dia tetap kuat dan menyuruh Bob agar berubah. Mimpi tersebut telah menyebabkan niat ingin berubah dan melawan sikap malasnya. Dengan niat itu, hari demi hari perubahan sikap Bob begitu ketara di rumah mahupun di sekolah Sehinggakan telah Berjaya membangkakan keluarganya. 

Dialog dalam Cerpen tersebut;
"Berapa masa telah diberikan! Tugasan mudah sahaja namun tidak pandai selesai juga. Apa kau buat ini, Bob? Dikata bodoh sekolah juga, dikata pandai tidak juga? kau ini Bob! Adui...memang pemalaslah." kata-kata itu yang keluar daripada mulut ketua kumpulan Bob.





Antologi Cerpen
Perjuangan Hidup

Tajuk : AK-47


       Menceritakan perjuangan seorang ayah menentang kumpulan MLF. Kumpulan tersebut membunuh, menangkap kanak-kanak serta membakar semua rumah yang ada di perkampung. Oleh hal tersebut, menyebabkan ayah Zam telah ditangkap dan dijadikan pekerja di sebuah kawasan perlombongan emas apabila kumpulan MLF itu telah menyerang kampung Zam. Setelah beberapa hari bekerja di lombong emas tersebut ayah Zam telah menemui sebuah emas yang sangat besar dan dia pun mengambil tanpa memberikan kepada ketua kumpulan tersebut. Walaupun Ayah Zam berasa gembira namun tidak lama kemudian tiba-tiba berlakunya tembak-menembak antara kumpulan MLF dengan kerajaan. Dengan situasi tersebut telah menyebabkan ayah Zam ditangkap oleh pihak kerajaan kerana mereka sangka bahawa ayah Zam adalah ahli kumpulantersebut. Setelah Beberapa hari dalam penjara akhirnya ayah Zam di bebaskan. Dia mula mencari keluarganya yang telah lama terpisah. Kehadiran John telah membantu ayah menemui keluarganya tetapi Zam telah ditangkap oleh kumpulan MLF tersebut. Pada akhirnya, ayah Zam berjaya membebaskan Zam dan emas yan dimilikinya akhirnya dia telah diberikan kepada John kerana tujuan untuk membantu ayah Zam adalah untuk memiliki emas itu. 

Situasi dalam cerpen AK-47
Zam…Zam..bangun Zam. Pergi sekolah Zam. Suara mengejutkan aku. Mata masih sukar untuk dibuka aku hanya mengeluh kecil. Kata ingin menjadi askar, askar seharusnya bangun sendiri tidak perlu di bangunkan. Telinga aku mendengar kata-kata itu menjadikan semangat aku terbakar dan askar memang cita-cita aku. Walaupun mata ini seolah-olah telah bergantung bertan-tan beratnya batu namun aku tetap membuka mata aku memenuhi kemahuan ayah aku. Pelita yang menerangi rumah aku, ayah padamkan setelah aku siap untuk sekolah. Langit masih lagi gelap, aku telah dihantar ke sekolah. Walaupun suasana masih gelap, tetapi setelah sampai sekolah pastinya kelihatan cahaya mentari.
          Ayah pula merupakan seorang nelayan sepenuh masa. Pada suatu hari, semasa ayah mengambil aku dari sekolah. Tiba-tiba kedengaran bunyi kereta dan diiringi laungan “MLF..MLF..!!!”. Aku dan ayah pun bersembunyi disebalik semak-samun untuk melihat ke mana arah mereka. Ternyata kumpulan tersebut kearah perkampungan kami. Dengan pantas ayah berlari dan mengarahkan aku untuk bersembunyi.
Antologi Cerpen 
Perjuangan Hidup

Tajuk : Lautan Saksi Keperitan Man



           Menceritakan seorang lelaki yang bekerja sebagai nelayan. Kehidupan mereka tidaklah seperti orang lain. Terkadang ada, terkadang tiada rezeki diperolehi. Namun, walaupun begitu Man tetap berusaha mencari sesuap nasi untuk keluarga. Pada malam itu, Man telah ke laut seperti biasa sebagai rutin Man. Sementara pukat berada di laut, Man pun memancing bagi mendapatkan pendapatan lebih. Tapi saat, itu seolah-olah ikan dilaut tersebut kenyang kerana umpan yang Man pasang tidak sedikit pun kurang. Oleh itu, Man pun menggulungkan tali pancingnya lalu terus baring. Akhirnya Man telah terlelap. Setelah beberapa saat melelapkan mata dia merasakan yang kapalnya bergerak sedangkan saat itu engine tersebut off. Aku bangun dan melihat keluar. Ternyata yang menggerakkan kapal Man adalah ikan-ikan yang terkena pada pukat. Setelah beberapa hari, ikan-ikan tersebut terus bergerak dan Man tidak dapat berbuat apa-apa kerana saat itu juga line telefon tiada dengan engine kapal tiba-tiba rosak. Namun, sudah namanya makhluk tuhan pasti perasaan penat itu wujud. Ikan-ikan tersebut berhenti bergerak dan kapal Man telah melanggar takat ikan menyebabkan kapalnya dimasuki air. Man diberikan lagi peluang untuk hidup apabila orang kampung telah menemuinya. 
           


Antologi Cerpen Perjuangan Hidup Sinopsis Keseluruhan Cerpen Antologi cerpen yang bertajuk perjuangan hidup merupakan sebuah himpun...